Tuesday, 12 July 2011

Diploma Profesional Perancangan Kewangan Islam Objektif Program
Usaha meningkatkan kemahiran modal insan dalam bidang Perancangan Kewangan Islam melalui program latihan dan pendidikan dilihat sebagai amat perlu dalam menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.
Perkembangan pesat industri perkhidmatan kewangan Islam ini dengan pelbagai produk baru yang diperkenalkan khususnya dalam tempoh lima tahun yang lalu juga dilihat sebagai asas kukuh bahawa industri ini akan terus berkembang dan sememangnya memerlukan lebih ramai profesional yang berkemahiran dalam kewangan Islam pada masa kini dan akan datang.
Program DPPKI ini diyakini akan dapat menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang Perancangan Kewangan Islam khususnya di Malaysia melalui penawaran modul-modul daripada program IFP.
Kelebihan Program
Peserta program Diploma Profesional Perancangan Kewangan Islam ( DPKI) akan juga menerima pensijilan Islamic Financial Planner (IFP) yang ditawarkan secara bersama oleh Financial Planning Association of Malaysia ( FPAM) dan Islamic Banking and Financial Institute of Malaysia (IBFIM) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti.

No comments:

Post a Comment